5 perkara yang affiliaters perlu tahu sebelum bermula!
Namun, kebanyakan dari mereka tewas sebelum berjuang. Selepas berusaha beberapa bulan, tiada langsung jualan yang berjaya di hasilkan oleh mereka. Mereka tidak berjaya bukan kerana mereka tidak berusaha tetapi mereka tidak berjaya di sebabkan kurangnya ilmu.
Affiliate-affliate newbie tidak tahu yang patut di lakukan dan apa yang patut di lakukan.
Untuk membantu ANDA menjana pendapatan di internet sebagai AFFILIATE, Saya senaraikan lima poin penting yang seorang affiliate tidak patut lakukan! Tapi sering diabaikan sebab tak mahu ambil tahu...BELAJAR!
Kesilapan utama seorang affiliate adalah tidak melakukan aktiviti pra jualan semasa ingin mempromosi produk affliate. Mereka selalunya mempromosi link utama affiliate tanpa perlu direct ke page pra jualan dahulu.
Pra jualan penting untuk anda memperkenalkan produk yang anda ingin jual menggunakan ayat anda sendiri.
Pra jualan boleh jadi landing page, artikel, ebook percuma, video atau kaedah lain-lain yang sesuai.
Sebagai contoh: Seperti seorang agen insurans yang menerangkan (kelebihan) polisi insurans kepada prospek, anda juga perlu menerangkan produk (kekuatan) yang anda jual kepada prospek anda.
Tak tahu membina website (asas)
Salah satu kelemahan yang ada pada newbie affiliate adalah mereka tidak tahu bagaimana hendak membina website. Website adalah komponen yang penting dalam pemasaran di internet. Jika anda tidak tahu, anda perlu belajar. Cukup sahaja tahu membina landing page sendiri.
Tak mahir tarik trafic
Satu kelemahan yang ketara bagi seorang Affiliates baru adalah tiada kreativiti di dalam aktiviti promosi. Kebanyakan affiliate mempromosikan produk di tempat yang sama seperti affliate yang lain. Untuk menjadi seorang affliate yang berjaya, anda perlu belajar teknik dan cara yang kreatif untuk menarik trafik.
Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik seperti :
Anda perlu belajar jika tidak tahu. Jika tidak mahu belajar, anda tidak akan kemana-mana sebagai affliate.
CEPAT PUTUS ASA!
Jika mahu jadi seorang yang berjaya,
anda tidak boleh mengalah dengan terlalu cepat, anda perlu berani untuk mencuba
dan terus mencuba. Apa yang membezakan orang yang berjaya dan tidak berjaya
adalah oran berjaya merancang untuk mencuba manakala orang yang tidak berjaya
merancang untuk berangan.
TIADA TINDAKAN
Fast action, fast result
Untuk menjadi seorang affliate yang berjaya, anda harus elakkan dari bertindak terlalu lambat. Apa yang anda rancang, patut di selesaikan dengan lebih awal tanpa menangguh-nangguhnya. Jika ada produk hangat yang keluar di pasaran atau ada trend baru yang menjadi ikutan atau apa sahaja yang terbaru di pasaran, anda perlu pantas bertindak.
Contohnya jika pada tahun itu produk berkaitan kerjaya memperoleh keuntungan yang menggalakkan, anda perlu pantas membina list bagi niche tersebut supaya apabila ada produk yang lebih hangat keluar pada tahun hadapan, anda sudah bersedia dengan senjata-senjata yang ada.
Saya akan kongsikan penerangan berkaitan konten blog AFFILIATE ini melalui video tutorial nanti.
So jangan lupa subscribe Coach Nizam Youtube Channel dan follow Fb Page Coach Nizam.
Semoga bermanfaat buat semua.